
Pada mulanya, kami cetak T-Shirt ini untuk semangat kekitaan pasukan kecil IBDE yang baru pertama kali beraksi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 atau pembaca panggil PBAKL/KLIBF/Pesta Buku/Hari Raya Buku atau apa sahaja nama panggilan yang mesra dengan pembaca. Selain itu, T-Shirt ini juga untuk memudahkan pembaca mengenali pasukan IBDE dan tidaklah tersalah sangka pengunjung reruai IBDE sebagai petugas pula. (Anda tahu apa yang kami maksudkan, kan? :))
Namun, setelah kami kongsikan rekaan baju ini, ramai pula yang berminat mendapatkan baju ini. Maka, atas dasar semangat kekitaan dan mahu kongsi bersama, maka kami buka tempahan T-Shirt IBDE yang direka khusus untuk PBAKL. Bertemakan: Tokoh Menggegar Dunia. Stok adalah terhad. Kami cetak tidak banyak, berbagi apa adanya :) Ada pilihan lengan pendek dan lengan panjang juga :)
Keterangan T-Shirt
- jenama Gildan premium cotton
- 100% ring spun cotton preshunk jersey knit
- Single-needle 2 cm collar
- Satin label
- Double-needle sleeve and bottom hems
- Quarter-turned to eliminate center crease
Lengan Pendek (XS-3XL) - RM40.00
Lengan Panjang (XS-2L) - RM45.00
*Kami sudah tambah saiz XS untuk lengan pendek & lengan panjang (anda minta dan kami mendengar)
*Untuk yang ingin mengambil baju di PBAKL, boleh berbuat demikian bermula 5 Jun 2022 di reruai Buku IBDE (4026-4027)
*Penghantaran baju bermula 5 Jun 2022 :)
Hubungi 0126601601 untuk maklumat lanjut.
Carta Saiz Lengan Pendek
Carta Saiz Lengan Panjang